MARI KITA BACA INFO TENTANG KATA TANYA DI BAWAH INI.
Sunday, 15 April 2012
SEBAGAI INFO : RADIO BAHASA MALAYSIA BERKUMANDANG DI NEGARA CHINA
Radio Bahasa Melayu di China & Laman Web! Website Bahasa Melayu pun ada.
Kerajaan Malaysia telah menjalinkan perhubungan koperat dengan negara China telah sekian lama.
Kini, CRI mengambil langkah ke hadapan untuk memperkenalkan China ke seluruh dunia. Anda boleh mendengar orang China cakap bahasa Melayu di radio mereka. Boleh dengar siaran Radio Bahasa Melayu di China kat sini
Informasi: China Radio International (CRI) / Radio Antarabangsa China
MISI & Visi: Memperkenalkan CHINA ke seluruh dunia, Meningkatkan persefahaman dan persahabatan.
Baca selanjutnya tentang CRI disini
Saturday, 7 April 2012
PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA
PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA
A. Nyatakan empat undang-undang jalan raya yang dipaparkan di video:
1. ........................................................................
2. .......................................................................
3. .......................................................................
4. ......................................................................
Lengkapkan borang
situasi di bawah dengan menyatakan undang-undang , kesalahan , akibat
dan tindakan watak berdasarkan undang-undang memakai tali pinggang
keledar.
Undang-undang : Memakai Tali Pinggang Keledar
Kesalahan : ..........................................
Akibat : ...........................................
Glosari Keselamatan Jalan Raya
Tali
Pinggang Keledar - Peralatan kecemasan yang berfungsi melindungi atau
menahan pemandu atau penumpang kenderaan dari pergerakan yang berbahaya
akibat perlanggaran atau pemberhentian mengejut. Tali pinggang keledar
menghalang pemakainya dari berlanggar dengan bahagian dalaman kenderaan
yang keras atau penumpang lain. Selain daripada itu, alat ini juga
mengelakkan pemakainya dari tercampak keluar dari kenderaan. [gambar]
Peraturan
Jalan Raya - Peraturan atau amaran yang bertujuan membantu meningkatkan
keselamatan pengguna jalan raya, contohnya seperti lima langkah
melintas, menggunakan kemudahan melintas, memakai pakaian cerah dan
sebagainya.
Persimpangan/Persilangan
- Simpang jalan di mana dua atau lebih jalan raya sama ada bertemu atau
bersilang pada aras yang sama. Persimpangan tanpa papan tanda atau
isyarat (tetapi kadangkala terdapat papan tanda atau isyarat amaran)
dikenali sebagai persimpangan tidak dikawal. Persimpangan yang dikawal
mempunyai sama ada satu atau lebih papan tanda berhenti atau isyarat
lalu lintas (lampu isyarat) yang mengurus dan mengawal aliran trafik. [gambar]
Lampu
Isyarat (Isyarat Lalu Lintas) – Alat berisyarat ini diletakkan di
persimpangan jalan raya atau lintasan pejalan kaki yang menggunakan siri
kod warna sejagat (merah, kuning, hijau). Lampu Isyarat juga berfungsi
untuk membantu meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya seperti
pemandu, penunggang atau pejalan kaki. [gambar]
Wednesday, 4 April 2012
UNDANG-UNDANG MENYELAMATKAN KITA
Tajuk : Berhati-hati Di Jalan Raya
Mari Kita Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang
Tali
Pinggang Keledar - Peralatan kecemasan yang berfungsi melindungi atau
menahan pemandu atau penumpang kenderaan dari pergerakan yang berbahaya
akibat perlanggaran atau pemberhentian mengejut. Tali pinggang keledar
menghalang pemakainya dari berlanggar dengan bahagian dalaman kenderaan
yang keras atau penumpang lain. Selain daripada itu, alat ini juga
mengelakkan pemakainya dari tercampak keluar dari kenderaan. [gambar]
Informasi Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang:
1. Bagaimanakah isu bilangan penumpang yang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang ?
Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.
2. Bagaimanakah isu pemakaian tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi ?
Pemakaian dan penggunaan tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi adalah amat digalakkan bagi tujuan keselamatan, namun ianya masih tidak diwajibkan. Pihak JKJR menasihatkan para ibubapa agar menggunakan tali keledar bersama kerusi atau jenis tempat duduk keselamatan kereta mengikut umur /berat kanak-kanak atau bayi.
Kerusi keselamatan bayi - bayi baru lahir hingga umur 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul.
Kerusi keselamatan kanak-kanak - 9 bulan hingga hampir tahun, berat di antara 9 hingga 18 kg.
Kerusi penggalas - 4 hingga 11 tahun, berat antara 15 kg hingga 36 kg. Rujuk laman ini untuk contoh contoh kerusi.
3. Apakah risiko atau kesan jika tali keledar belakang tidak digunakan?
Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pada kelajuan 50 kmsj penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.
4. Apakah faedah dan rasional penguatkuasaan pemakaian tali keledar terhadap aspek pengguna dan keselamatan jalan raya ?
Berdasarkan perangkaan tahun 2007, penggunaan tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes cedera ringan.
Pelaksanaan inisiatif tali pinggang di belakang berupaya menyumbang untuk mengurangkan kadar kematian sebanyak 50%, kecederaan parah 45% dan kecederaan ringan sebanyak 50% bagi penumpang di belakang. Ianya juga berupaya menyumbang untuk mengurangkan risiko pemandu dan penumpang di hadapan sebanyak 75%.

Rujukan lanjut sila layari :Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
Tuesday, 3 April 2012
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
FUNGSI PAPAN TANDA DAN NAMA JALAN
A. Sebutkan dan tulis nama jalan yang terdapat dalam peta.
B. Sebutkan dan tulis nama papan tanda yang terdapat dalam peta.
Ketahui lebih lanjut :
Papan
Tanda Jalan/Papan Tanda Lalu Lintas - Terdapat di sepanjang jalan raya
dan digunakan untuk mengatur atau mengurus pergerakan trafik, memberikan
amaran atau panduan kepada pengguna jalan raya. Papan tanda jalan
mempunyai bentuk, saiz dan warna yang tersendiri bergantung kepada
tujuan penggunaannya. [gambar]
Rujuk lanjut di Images for papan tanda keselamatan jalan raya
Sunday, 1 April 2012
KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 5
TOPIK : BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
TEMA : KESELAMATAN JALAN RAYA
TOPIK : BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
Subscribe to:
Posts (Atom)