Saturday, 7 April 2012

PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA


TONTON VIDEO DI BAWAH. 

PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA



A. Nyatakan empat undang-undang jalan raya yang dipaparkan di video:
 
1.    ........................................................................
2.    .......................................................................
3.   .......................................................................

4.     ......................................................................

Lengkapkan borang situasi di bawah dengan menyatakan undang-undang , kesalahan , akibat dan tindakan watak berdasarkan undang-undang memakai tali pinggang keledar.
Undang-undang    :   Memakai Tali Pinggang Keledar 

Kesalahan              :    ..........................................

Akibat                     :   ...........................................

Tindakan watak    :   ...........................................


Glosari Keselamatan Jalan Raya

Tali Pinggang Keledar - Peralatan kecemasan yang berfungsi melindungi atau menahan pemandu atau penumpang kenderaan dari pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran atau pemberhentian mengejut. Tali pinggang keledar menghalang pemakainya dari berlanggar dengan bahagian dalaman kenderaan yang keras atau penumpang lain. Selain daripada itu, alat ini juga mengelakkan pemakainya dari tercampak keluar dari kenderaan. [gambar]
Peraturan Jalan Raya - Peraturan atau amaran yang bertujuan membantu meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, contohnya seperti lima langkah melintas, menggunakan kemudahan melintas, memakai pakaian cerah dan sebagainya. 
  
Persimpangan/Persilangan - Simpang jalan di mana dua atau lebih jalan raya sama ada bertemu atau bersilang pada aras yang sama. Persimpangan tanpa papan tanda atau isyarat (tetapi kadangkala terdapat papan tanda atau isyarat amaran) dikenali sebagai persimpangan tidak dikawal. Persimpangan yang dikawal mempunyai sama ada satu atau lebih papan tanda berhenti atau isyarat lalu lintas (lampu isyarat) yang mengurus dan mengawal aliran trafik. [gambar]

Lampu Isyarat (Isyarat Lalu Lintas) – Alat berisyarat ini diletakkan di persimpangan jalan raya atau lintasan pejalan kaki yang menggunakan siri kod warna sejagat (merah, kuning, hijau). Lampu Isyarat juga berfungsi untuk membantu meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya seperti pemandu, penunggang atau pejalan kaki. [gambar]
Jalan Tempatan - Jalan yang terdapat di kawasan perumahan, kawasan kampung dan pekan-pekan kecil. Hanya kenderaan ringan yang menggunakan jalan ini seperti basikal, motosikal dan kereta. Kenderaan biasanya bergerak dengan lebih perlahan, had laju adalah antara 15-30 km/j. [gambar]
 

Rujukan lanjut sila layari .    Glosari Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

3 comments:

Transformasi Hidayah said...

penjelasan yang jelas berserta gambar..
menarik dan mudah difahami..
tahniah atas usaha anda menghasilkan ruangan ini..

Anonymous said...

post yang sangat menarik.!
peraturan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada pemandu tetapi juga pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki. Namun, mereka sering leka tentang ini, pejalan kaki biasanya akan menyalahkan pemanduan kenderaan tanpa memikirkan kesalah yg mereka sendiri lakukan. Ramai pejalan kaki yang tidak menggunakan kemudahan yang diberikan seperti jejantas. Dengan post ini, diharap mereka akan sedar dan patuhi undang2 yg ditetapkan.

Miss Yoon A said...

Banyakkan lagi post2 di blog sperti ini. Banyak yg dpt dipelajari daripada post ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...