Wednesday, 4 April 2012

UNDANG-UNDANG MENYELAMATKAN KITA


Tajuk    :    Berhati-hati Di Jalan Raya

                      Mari Kita Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang                                         
  





Tali Pinggang Keledar - Peralatan kecemasan yang berfungsi melindungi atau menahan pemandu atau penumpang kenderaan dari pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran atau pemberhentian mengejut. Tali pinggang keledar menghalang pemakainya dari berlanggar dengan bahagian dalaman kenderaan yang keras atau penumpang lain. Selain daripada itu, alat ini juga mengelakkan pemakainya dari tercampak keluar dari kenderaan. [gambar]

Informasi Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang:

1. Bagaimanakah isu bilangan penumpang yang melebihi dari  bilangan tali pinggang tempat duduk belakang ?
Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.




2. Bagaimanakah isu pemakaian tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi ?
Pemakaian dan penggunaan tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi adalah amat digalakkan bagi tujuan keselamatan, namun ianya masih tidak diwajibkan. Pihak JKJR menasihatkan para ibubapa agar menggunakan tali keledar bersama kerusi atau jenis tempat duduk keselamatan kereta mengikut umur /berat kanak-kanak atau bayi.


Kerusi keselamatan bayi - bayi baru lahir hingga umur 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul.


Kerusi  keselamatan kanak-kanak - 9 bulan hingga hampir  tahun, berat di antara 9 hingga 18 kg.


Kerusi penggalas - 4 hingga 11 tahun, berat antara 15 kg hingga 36 kg. Rujuk laman ini untuk contoh contoh kerusi.




3. Apakah risiko atau kesan jika tali keledar belakang tidak digunakan?
Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pada kelajuan 50 kmsj penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.



4. Apakah faedah dan rasional penguatkuasaan pemakaian tali keledar terhadap aspek pengguna dan keselamatan jalan raya ?

Berdasarkan perangkaan tahun 2007, penggunaan tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes cedera ringan.


Pelaksanaan inisiatif tali pinggang di belakang berupaya menyumbang untuk mengurangkan kadar kematian sebanyak 50%, kecederaan parah 45% dan kecederaan ringan sebanyak 50% bagi penumpang di belakang. Ianya juga berupaya menyumbang untuk mengurangkan risiko pemandu dan penumpang di hadapan sebanyak 75%.


 

4 comments:

Transformasi Hidayah said...

menarik..cadangan saya..letakkan peribahasa sebagai pengukuhan berdasarkan keselamatan jalan raya..

Anonymous said...

bagus cuba lagi

Anonymous said...

ggoooooddddd.....utamakan keselamatan jalan raya....

Miss Yoon A said...

Kita sepatutnya mematuhi peraturan jalan raya, jadi kadar kemalangan di jalan raya semakin berkurangan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...